Categories
Financing Tips

5 Gimik Institusi Kewangan Untuk Pinjaman Pembiayaan Peribadi

Banyak tawaran khidmat pinjaman pembiayaan peribadi yang hadir? Bagaimana anda mengenali dan membuat keputusan untuk memilih yang terbaik?

5 Gimik Institusi Kewangan Untuk Pinjaman Pembiayaan Peribadi

1. Kadar pinjaman pembiayaan yang rendah, tapi rupanya hanya untuk tahun pertama sahaja. Berapa ramaikah peminjam yang mahu membuat pembayaran balik hanya untuk tempoh 1 tahun sahaja? Kadar ini dipanggil “promotional gimmick rate”.

2. Kadar pinjaman rendah yang ditawarkan, sebenarnya bergantung kepada jumlah pinjaman yang dipohon atau jumlah yang diluluskan. Jika jumlah pinjaman yang besar, kadar pinjaman menjadi rendah. Jika jumlah pinjaman kecil, kadar pinjaman menjadi tinggi. Kadar ini dipanggil “flexible rate”.

3. Kadar pinjaman rendah yang ditawarkan adalah “base rate” sahaja. Ia tidak tetap dan bergantung kepada BLR semasa. Kadar jenis ini namanya “floating rate”.

4. Kadar pinjaman rendah yang ditawarkan hanya untuk kumpulan tertentu sahaja. Sebagai contoh kadar pinjaman X% itu hanya untuk penjawat awam di jabatan Y sahaja. Ini dipanggil “targeted special rate”.

5. Kadar pinjaman rendah yang ditawarkan hanya untuk mereka yang mempunyai “track record” yang baik sahaja. Biasanya dilakukan oleh institusi koperasi. Kadar ini digelar “integrity based rate”.